Pages

Friday, February 3, 2012

Mangsa Sabotaj di Lebuhraya

Assalaamualaikaum,




Tahun Baru Cina dah pun berlalu namun kelibat buah limau masih berada dimana-mana dan menjadi igauan dalam diri setiap individu. Pada golongan non-vegetarian juga besar impaknya, hinggakan secara automatik buah limau dijadikan sebagai kudapan sambil menonton 30 Minit Ustaz Don (ustaz ni takde kaitan dengan SaRuHan). Buah limau ni jugak menjadi sumber minuman segera pada si pemalas-pemalas yang dahaga tapi tak reti nak cari air. But how? Macam ni caranya:

i)    Kupas buah limau (sebijik buah limau untuk sekali lahap)
ii)   Ekstrak jus limau dalam mulut sambil hancurkan serat-serat limau menggunakan gigi geraham.
iii)  Bila dah dapat very fine juice, haa jangan telan lagi! Kumpulkan setempat dulu.
iv)  Haa, sekarang baru telan sekaligus.
v)  Dahaga pun hilang kan? (jangan peram lama sangat dalam mulot, dikhuatiri jus makin masam dan pekat, hihi).



Sabotaj di Lebuhraya




Sekarang ni memang musim perayaan. Baru je Tahun Baru Cina, dah Thaipusam plak nak tiba AHHA cuti lagi!. Jadi masa-masa ni la kesempatan untuk orang yang busy dengan kerja balik kampung jumpa keluarga tak kira la jauh ke dekat ke. Tapi kan, bila kampung tu jauh ada ke yang masih sanggup ikut jalan lama@kampung? Harammmm. Bek lalu highway, jalan selesa, tak sunyi, dekat pun dekat, nak rehat pun berlambak-lambak tempat rehat. Tol? Apadehal, nak kencing pon kena bayar, inikan pulak tol. Lagi tanya.

BUT BUT BUT.. jangan rasa selesa sangat sebab ada seperkara yang perlu korang ambik berat. Selin memandu dengan berhati-hati dan berhemah bla bla bla, korangjuga kena elakkan diri dari menjadi mangsa sabotaj di lebuhraya.

"Lebuhraya pun boleh kena sabotaj?"


Why not? Yes of course ada dan korang kena alert tentang hal ni. Kes sabotaj yang aku nak mention ni adalah kes sabotaj di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Sebenarnya dah banyak berlaku, cuma mungkin masyarakat kurang percaya yela tak kena batang hidung sendiri takpun cerita-cerita ni belum tersebar luas lagi maybe sebab takda bukti yang kukuh. Nama pun sabotaj kan. Duh!



How It Happen?



Macam yang aku cakap tadi segalanya bermula di kawasan R&R. Diorang ni work in group, so diorang akan rosakkan parts of your car. Nasib la nak kena gearbox ke, tayar ke, radiator ke, diorang memang akan buat kereta korang TAK BOLEH BERGERAK JAUH sebaik krang beredar dari R&R tadi. So keluar je R&R, in few minutes kereta korang akan broke down, seriously.

Aku cakap based on pengalaman aku sendiri. Kitorang satu family kena pukul 2 pagi kot. Baru keluar R&R Dengkil dari arah utara, kereta dah tak boleh bergerak sebab problem dengan gearbox. Yang cilakanya tu baru je nak kuar dari kereta, ada 4 lelaki India dah tunggu nak 'sambut' kitorang. Siap dah susun emergency cones! *lahanat betul!

Mulut diorang memang manis lah kan. Tebu-tebu kat area Chuping pun kalah la dengan kemanisan mulut-mulut 4 ekor makhluk ni. Bersemot-semot bibir diorang ni. Parents aku kena masuk kerja pukul 8 pagi, so nak senang settle (kononnya), kereta kitorang dibawa ke bengkel di Seremban dengan trak tunda, lagipun diorang cakap kereta kitorang tak teruk mana pun.

Sampai bengkel memang kawasan India lah. Geng-geng diorang bersepah, semua lagak samseng, dengan berlenggeng (tak pakai baju). Anjing sana sini menyalak tak henti-henti. Mula-mula cakap problem skit je, kos tak sampai seratus. Tup tup kata gearbox dah jammed, suka suki bawak turun gearbox tu. Terpaksa balik dulu guna kereta sewa (sewa pun dengan diorang jugak lah, mahal nak mampus!).

Esoknya baru datang semula amik kereta. Hooooray 4 ribu terbang! Dah la pasang gearbox pun tak betol, kena hantar kedai lagi. Itu kalau ambik lambat kereta tu, mau kena caj RM50 satu hari. Apa punya cilaka lah.



Tips Elak Jadi Mangsa Sabotaj






Firstly, kalau boleh boleh janganlah singgah di kawasan R&R di area Negeri Sembilan terutama waktu-waktu sunyi, tengah-tengah malam. Kalau terpaksa jugak, parking dekat kawasan tumpuan ramai orang. Nak makan pun pergi cari meja yang hampir dengan kereta, at least boleh tinjau kereta dari jauh. Kawasan yang paling top kes-kes macam ni ialah Seremban, Dengkil, dan Pedas.

Sebelum mulakan perjalanan selepas berhenti, periksa dulu kondisi kereta. Check ada tak leaking pape kat bahagian bawah kereta (air air-cond takpe lah). Nak puas hati lagi, bukak bonet, check apa-apa yang patut. Kalau ada something yang tak kena, jangan teruskan perjalanan. Mintak bantuan orang yang boleh dipercayai@dikenali.

Aku ni bukan la nak racist or what, tapi aku sendiri kena dengan lelaki India (lingkungan 20-30an). Feedback yang aku dapat dari mangsa-mangsa lain pun memang 100% diorang kena dengan lelaki-lelaki India jugak. So faham-fahamlah maksud aku kan. Be careful. Tapi jangan la sampai level nenek-nenek pun korang nak syakwasangka. Ish-ish tak fatut tak fatut.




Mostly diorang sasarkan pengguna kereta Proton dan Perodua. I dont know why mungkin tak reti kot nak repair kereta overseas, tapi masa kat worshop diorang memang bertimbun-timbun kereta tempatan. Tu belum lagi gearbox-gearbox yang bersepah sana sini. Special reminders untuk gigirls, please be careful. Tak takut ke kalau tiba-tiba jadi mangsa? Dah la kereta tersadai tepi highway, ada 'penyambut' lagi. Dah tu pulak drive sorang-sorang. Auwww menangis tak berlagu kau.

Kalu dah terkena jugak nak buat macam mana kan. Tapi jangan sesekali termakan dengan servis yang ditawarkan oleh malaun-malaun ni. Bila atas highway contohnya highway PLUS, kita adalah customer PLUS so minta bantuan dari pihak PLUS. Insyaallah PLUS akan membantu sebaiknya. Pedulikan mangkuk-mangkuk bermulut manis bajet malaikat turun dari langit untuk bantu manusia yang dalam kesusahan dengan kos yang rendah. BULLSHIT semua tu. Apa? telefon kecemasan jauh dari kereta? Hah! save nombor PLUS Hotline ni dalam handphone, dush!

1800-88-0000 (PLUS Hotline)



You know what, bila terpandang je muka mamats India yang 'sambut' kitorang kat tepi highway tu, terus  teringat yang diowang ni makan betul-betul sebelah meja kitorang masa kat R&R tu. *cilakak





Ini aku bebel bukan sebarang bebel, bebelan yang mengharapkan kesedaran anda, anda, dan anda untuk lebih berhati-hati supaya tak jadi mangsa sabotaj makhluk-makhluk tak bertanggungjawab ni. Aku tau bukan semua India macam tu. Jiran-jiran aku semua baik-baik kot. Masak pun power, caring pulak tuh. Siap tolong reviewkan movies hindustan yang latest tau.
Tapi sebab segelintir yang buat palat lah, yang lain pun terpalit. Cis!

Perlu ke aku mention nama bengkel durjana ni? Boleh tahan femes kat Soromban.

Tuesday, January 17, 2012

Dikala Hujan Lebat

Assalaamualaikum,




Hujung minggu memang waktu yang paling di tunggu-tunggu punyalah. Siapa tak setuju memang penipu. Hujung minggulah masa paling sesuai buat aktiviti rutin. Alaaa aktiviti rutin, buat-buat tak tahu pulak. Apa lagi kalau bukan tidur terus-menerus berbelas-belas jam tanpa terjaga walau sedetik, kan? Eh bayi pon kalau tido dia tahu nak jaga every 2 to 3 hours okay. Erm well.. tido lama-lama ni untung tau sebenarnya, sebab bila bangun-bangun je dah petang, breakfast + lunch memang skip punyalah, terus bantai dinner je. Sedarkah anda bahawasanya telah berlaku satu penjimatan yang hebat di situ? Hihi.


Terima SMS




Last week aku dapat SMS dari member perempuan :

"weyh aku drive pagi kn ada rodblock  polis, road tax aku dh mati, gelabah gilew. Smpai turn aku, aku senyum je kat abg polis hehe, guess what? aku lepas gitu je ^o~ "  
"ko lepas sebab senyum ko lah?"
"yelah, dimple aku masyuk kot! HAHA"
"tahniah, tak payah renew road tax dah"

Tak semua ayat yang aku karang dalam otak mampu untuk aku lahirkan dalam SMS. Ni sebenarnya apa yang aku karang dalam pale hotak :

"Kau nak cakap senyum kau menawan lah sampai semua abg polis cair, kaku, kelu lidah berkata-kata? Ceitt. Ingat roadblock tu untuk check road tax je ke? banyak lagi hal-hal besar nak dibandingkan dengan road tax. The conclusion is, senyuman kau sama harga dengan road tax kerete kau jela. AHHA!"

Kalau roadblock tu diorang just tengok-tengok nombor pendaftaran kereta je, maknaya ada la tu kes-kes yang berlaku dan terpaksa buat sekatan jalanraya (rompak ke, hape ke). Kalau tengok roadblock tu banyak je kereta disuruh behenti tepi jalan, hah ni barulah tujuan pemeriksaan keselamatan (check road tax, lesen etc). Kenapa banyak yang kena berhenti tepi? Hihi.
Sejak post yang lepas, aku positif je dengan polis okeh.


The Real Story




Macam mana aku boleh tetiba pi melalut pasal SMS si perempuan tuh? Cis. Yep aku nak story something yang ada kaitan dengan air hujan. Bukan macam mana nak tulenkan air hujan, tapi cerita disebalik suatu hari hujan yang lebat mencurah-curah ke bumbung cafe (cerita dah start ni tau). Dah ujan-ujan perut tak lapo pon jadi lapo, dalam otak dok terbayang je menu panas + teh tarik gelas, pergh masyuk. So aku singgah la kafe dengan member aku Si Kentut, serius ok memang nama dia macam tu. Dah pilih lauk kaw-kaw punya aku pon pergi la sinki nak basuh tangan, sekali air pulak takde...


"Si Kentut, air takde ah, camne ni? sudu pon takde."


"Tangan aku bersih lagi, tak basoh pon takpe.. Ala ko basuh je dengan air ujan tu.. hehe."


"Cilakak lu, mentang-mentang tangan lu dah bersih, nganjing gua eh" -getus hati aku


Memang la kau bergurau, tapi kalau tak kena pada tempatnya boleh naik darah. Nasib baik teringat ada botol air dalam beg aku. Air pun yang tinggal sipi-sipi balance minggu lepas punya, setakat buat basuh tangan tu boleh la tapi  nak cebok berak memang tak lepas. Melantak punya melantak, chap! chup! chap! chup!, aku pon basuh la tangan. Lepas kesat-kesat tangan kat alas meja tisu,  Si Kentut pun sapa aku...


"weyh air botol tadi mana? nak basuh tangan ni, mintak sikit je."


Oh tidak, air tu da habes bro! Aku langsung tak teringat nak simpankan untuk Si Kentut. Dengan pantas rasa simpati menikam-nikam jiwa. Tapi tapi tapi, mana mungkin air yang dah sipi-sipi tu mampu aku simpan untuk kau Si Kentut. Aku basuh tangan tadi pon cukup-cukup je tau. Logik lah sikit. Memang tak cukup tau. Betuuul...
Hampir seminit aku terdiam masih belum menjawab soalan Si Kentut. Hujan yang tadinya lebat dah bertukar renyai. Kejap lagi stop la hujan tu. So sementara masih ada sisa-sisa hujan petang ini, aku pun menyusun kata...


"Ala ko basuh je dengan air hujan tu.. hehe."





HIHI. Ok dia bengang dengan aku (tau pun bengang). Tisu kat kafe pon dah habes, tangan tak berbasuh yang masih bersisa asam pedas tu la dia usung ke sana-sini cari paip air, tapi semuanya hampa. Takpe, penat-penat boleh jilat lagi sisa-sisa asam pedas yang dah naik masam kat jari tu kan. Eh lalat tak singgah bertelur ke bang? Jawabnya balik hostel lah baru dia basuh tangan busyuk tu.

Moral of the story? AHHA! Time orang tengah lapar, toksah dok buat lawak bodoh okeh. You might be eaten!




Monday, January 9, 2012

Polis vs Pandangan Masyarakat

Assalaamualaikum,



Salam sejahtera sume. Pada yang still bersekolah tu selamat bersekolah yep. Pada cikgu-cikgu pulak selamat menyekolahkan budak-budak sekolah, yang malas-malas tu kasi je rotan  sedas-dua. Apa? Incik guru tak berani rotan murid? Ehem okay.




Bercerita Tentang Polis

Sape-sape yang pernah kena saman dengan polis mesti best kan? Hihi. Bila dah kena saman mesti marah-marah polis kan? Hihi. Bila dah marah-marah mesti salahkan polis kan? Hihi. Bila salahkan polis, sampai ke anak cuculah dikendongnye fahaman 'Anti-Polis!' 'Polis-BULLtaik!' and etc kan? Hihi. Comel betullah. 
Apa yang aku paling perasan, polis ni kalau buat apa pun mesti asyik 'salah' je di mata masyarakat, okay maybe sesetengah 'masyarakt' la. And and and perasan tak diorang ni selalu dikaitkan dengan CORRUPTION (rasuah = duit kopi, teh, nescafe, ribena..semua jenis air lah!). So, is it true? ABSOLUTELY!! *amboih kau over




Aku ramai je kawan dengan anak-anak polis ni. Aku tengok life diowang biasa-biasa je takde mewah manapun seperti yang digembar-gemburkan. Kecik-kecik dulu pun main tuju selipar dengan aku jugak, takde la plak mak bapak diowang belikan Playstation2 ke, Gameboy ke.. takde-takde. Jom aku kongsi dengan korang sume al kisah si anak polishhh. Checkdizautt.



                                             ************************************
Salam 1Malaysia, 
Aku Mat. Bapak aku anggota polis. Berkaitan dengan pekerjaan bapak aku ni, kenapa banyak sangat tohmahan orang luar yang cakap bukan-bukan tentang pekerjaan bapak aku? Apa salahnya bapak aku menjadi anggota polis? Bukannya jadi bapak ayam. Polis ni jaga keamanan negara tau, pahala ganjarannya. Okay tak dinafikan memang ada SEGELINTIR yang tak telus, mungkin iman mereka goyah, yelah banyak pancarobanya bila jadi polis ni. Tapi takkan sebab yang SEGELINTIR tu sampai bapak aku pun kena tuduh skali? Polis-polis lain pun terpalit jugaklah tahi?.. *busyuk tau busyuk 
Ada yang cakap jadi polis ni hidup mewah, banyak dapat duit kopi. Hah banyak la cantek. Dari kecik aku tengok sendiri macam mana susah bangun keluarga aku. Masa kecik kalau aku mintak mainan yang bukan-bukan ingat dapat? Sori la. Bapak aku dulu pun pakai kereta cabok je, entah dah berapa punya 'hand' pun tak tau la. Dah bertahun-tahun baru la mampu beli kereta baru, itu pun Kancil. Berapa sangat la gaji konstabel. Kalau duit kopi banyak buat apa nak tunggu bertahun-tahun beli Kancil ye tak?  
Pernah satu masa anak jiran sebelah rumah kena tahan dengan polis sebab dadah, boleh mak dia pegi serang bapak aku. Katanya sebab bapak aku polis, so bapak aku la punca anak dia kena tahan.*Mangkuk
Lagi satu kes ni, anak jiran jugak lah. Gi merempit kena tahan dengan polis trafik. Ahh sudah, mak bapak dia datang jumpa bapak aku suruh lepaskan anak diorang siap nak hulur 'saguhati' lagi. Ingat bapak aku kerja tol ke? Bagi duit jalan, bagi duit jalan. Ke dia bajet macam tauke beras nak hulur-hulur saguhati kat orang-orang susah, ala macam dalam tibi tu. Hah tu kalau bapak aku terima 'saguhati' dia tu mula la tuduh polis makan suap kan. Padahal diorang yang hulur. Cis. Nasib iman bapak aku kuat. Sayang bapak ketat-ketat! *Muah


Kalau kitorang hidup mewah dengan duit haram, ingat berkat ke? Itu yang anak mengaji tak pandai-pandai tu. Alhamdulillah aku sekarang dah lulus SPM, tengah sambung belajar. Meh sini aku cerita pasal family aku punya mewah. Kitorang satu family kalau bercuti mesti dalam Malaysia. Okay bukan Malaysia, tapi semenanjung Malaysia. Takde pergi-pergi luar negara, main-main salji, gurun-gurun pasir, takde-takde. Even naik flight pon aku tak pernah. Itu pun kalau bapak aku cuti barulah dapat jalan-jalan. Ni dah kalau asyik merusuh sana-sini, nak cuti hape. Bapak aku jugak yang kena bertugas. Kesian kitorang anak-anak ni tau. Tak simpati ke? Wuwuwu.. *Sedih  
Bila polis buat roadblock mula la cakap diorang nak cari angpau. Tak baik tau buruk sangka, diowang cuma jalankan tugas je. Kalau korang patuh undang-undang, kenapa nak takut?  Ni kes tak pakai seat belt, road tag dah mampus, lesen takde, tu yang gelabah tak tentu pasal kan bila ada roadblock, "oh shit oh shit damn damn roadblock!". Dah kena saman cakap polis jahat. Ada ke patut? Dah tu bila rumah kena rompak, wallet kena curi, kereta accident, cekap pulak cari polis ye? Dengan kelajuan cahaya nombor 999 pun muncul diingatan, ching!  
Sekarang bapak aku dah jadi pegawai. Alhamdulillah walaupun tak mewah, tapi hidup makin lapang. Pada aku biar mewah kasih sayang daripada mewah harta. Harta bukan bleh bawak masok kubow. Biarlah polis dengan kerja dia, kita ni bagi kerjasama je. Bukan susah pun. Nak benci-benci pun buat apa, bila susah kita cari diorang jugak kan? Come on la, hidup ni saling memerlukan antara satu sama lain, tak ke gitu?
                                              ************************************




Apa Kata Anda?





For me, no it's not fair kalau kita cakap semua polis macam tu. Shebab nila shetitik, roshak shushu shebelanga. Bukan senang weyh nak jadi polis ni, bukan calang-calang orang. Seriously kursus diowang tough kot. Mental kena kuat beb. Jangan mimpilah nak kulit ala-ala kunin lagsat bila tamat kursus. Mana mungkin Garnier Light-turbo-booster mampu nak cerahkan kulit diorang dalam 2 minggu. Impossible impossible. Kalau ada ternampak abang polis yang boncet-boncet, itu dulu bukan macam tu perut diorang. Tak caya? Betuuuullllll....


Polis kalau accident pun ada orang awam marah tau, katanya polis rosakkan harta benda awam, tak pandai jaga kereta yang dibeli dengan 'duit mereka'. Seriously? Ya Rabbi. Ingat eksiden tu main-main eh? Melibatkan nyawa tau. Bukan polis tu saje mintak nak eksiden. Ehem, pengguna jalanraya pun banyak je eksiden kan, langgar tiang lampulah, divider jalan lah, tak nak marah diorang jugak ke? Diorang pun rosakkan harta awam kan? Bukan nak menangkan pihak polis, but try to put yourself in their shoes, then you will understand.







Ingat yang jadi polis ni budak-budak muka selebet melepak kat tangga-tangga shopping mall sambil hug makwe/pakwe diorang dengan penuh ghairah ke? Jahanam negara kalau spesies macam ni yang jaga 'keamanan'. Setakat memekak kat mall boleh la, cis. Shopping memang haram tak la kan, bukan ada duit pun. Bak kata pepatah alah membeli, menang memekak. Aku kenal sangat budak-budak macam ni. Hihi.

Hey wait, polis ni nampak serious je kan muka diowang. Mostly diorang kelakar sebenarnya, ada sense of humor yang boleh tahan tinggi tau. Do you realize that? If not, take your first step, know them well. 

Wednesday, January 4, 2012

Talk To Your Heart

Assalaamualaikum,




Situasi 1:
"Semalam i jalan-jalan dengan pakwe i u know...then dia ajak i makan kat Resepi Rahsia (ohh my fevret!). Kitorang melantak sakan tak ingat dunia, memang meriah kedai tu dengan bunyi mulut kitorang menguyah "chap! chap! chap!". Tapi waiter dia cam hareemm. Bile order buat muka busuk, tanya pun jawab nak tak nak. Benciiii sangat! I hate him"


Situasi 2:
"Gua gamers hardcore punya. Semalam gua turun bandar angkat Playstation 3 baru punya, PS3 gua sebelum ni punya dah terbakar gua main 2 minggu non-stop (KAN GUA DAH CAKAP GUA HARDCORE!!). Sekali gua balik nak test bleh plak gua nampak ada kesan CALAR kat PS3 gua! Gua beli mahal ni derrr, sakit mata gua bhai! Agak tauke kedai tu bagi anak dia lambung-lambung kat rumah ke hape sebelum jual kat gua! Dah la tak de warranty untuk calar-calar ni.." *nangis


Situasi 3:
"Saya budak kuat belajar. Komputer riba saya ini asyik rosak sahaja. Bulan lepas kena serangan virus, selepas itu chargernya pula hilang. Tak cukup dengan itu huruf-huruf pada keyboardnya pun asyik tercabut. Bayang kan ketika saya membawanya ke perpustakaan, apabila mengeluarkan komputer riba dari beg, saya perlu mengutip semula dan meletakkan semula huruf-huruf di tempat yang betul, seperti bermain 'jigsaw puzzle' bersama adik-adik. Saya bosan dengan hidup seperti ini. Adakah Tuhan tidak sayangkan saya?"


Pernah tak berada dalam situasi seperti ini? Or maybe lebih kurang macam situasi di atas? Situasi yang kita harapkan semuanya akan 'perfect' tapi last-last ada je yang spoil, duhh!




Aku pun pernah je dalam situasi yang lebih kurang macam ni. Masuk kuliah tersenyum sorang-sorang sebab kerja yang lecturer bagi dah siapkan awal-awal, jiwa bergelora tak sabar-sabar nak tunjuk hasil kerja nih (semalam sebelum tido lagi dah simpan dalam pendrive). Dalam hati asyik sebut "call my name sir! call my name sir! come on sirrrr!". Sekali dia sebut "Ajim" bergendang kegembiraan haku. Selongkar beg cari pendrive tak jumpa-jumpa (hamek kau!). Ahh sudah! Bibir yang dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang busuk dah mula mengendur. Muncul titik-titik keringat di dahi dan leher. Mampus aku! *last-last hujung semester dia cuma bagi aku B+ .. sedehhhh!




Kenapa Asyik Not Perfect?

Situasi macam ni memang dah sinonim dalam kehidupan seharian kita tak kisah lah siapa orang tu. Kita rasa macam berlaku kat diri kita je, padahal setiap orang pun rasa dan kena benda yang sama jugak. Cuma yang berbeza cara penerimaan kita je. Spoil ni pulak ni bukan datang masa kita membeli sesuatu (which is benda yang kita beli tu rosak or bad condition) je, tapi macam-macam situasi. Dugaan-dugaan...




Ya memang kita always nak something yang sempurna. Kalau beli sayur kangkung kat pasar, daun sume mesti segar, sehelai pon tak bleh layu. Kalau melantak Pizza Hut mesti nak rasa pizza dia sedap macam slalu, kurang sket pon tak boleh, nanti kena complaint. Kalau organise event, mesti nak semuanya berjalan lancar. Kalau beli barang, semua nak yang in perfect condition. Tapi hari tak selalunya cerah. Sometimes mendung ribut jugak. Macam mana nak terima situasi macam ni?

Firstly, ce pikir kenapa not perfect? Sebabnya kita sendiri memang tak perfect so kenapa perlu mengharapkan semua yang berlaku pada kita untuk perfect juga? Kita manusia yang memang takkan sempurna dan segala yang ada di muka bumi memang tak bersifat sempurna. Ini termasuk lah persekitaran, situasi, hidupan, dan kebendaan (tambah-tambah benda ciptaan manusia, bila-bila boleh jahanam).

Seriously, yang bersifat sempurna hanya Allah Ta'ala. Macam situasi-situasi contoh kat atas, tak perlu lah nak geram-geram kat waiter tu, mungkin dia demam ke aritu, dia tengah runsing mak dia sakit ker, tak puas hati dengan gaji ke, or maybe dah memang sikap dia macam tu ( yeahh Allah created us diffrently, kan?). Kalau dah manusia tu sendiri dah bersifat tak sempurna, apatah lagi barang-barang ciptaannya. Kalau dah beli barang, rosak-rosak tu dah jadi lumrahlah kan. So masa nak beli something kena teliti dulu, at least perfect di mata kita sudahlah. Bab-bab rosak tu tolak tepi. Hang beli Iphone mahai-mahai pun kalau nak rosak dia rosak jugekkk.

Kita selalu merungut, sedih, tak puas hati bila ada 'yang tak kena'. Mak beli seluar terbesar sket dah majuk tak nak pakai, "tak cantik" katanya. Ayah beli baju belang-belang melintang pun tak nak pakai jugak, "it makes me look fatter" katanya. Belajarlah untuk menerima kekurangan. Bile spoil ni datang menjengah, pejamkan mata and talk to your heart that "nothing is perfect except YOU"(sambil senyum okay), then your heart will start melting. Bila kita slalu bisikkan kat diri yang kita ni tak sempurna mana pun, then kita akan mula menerima ketidaksempurnaan yang ada di sekeliling dan yang berlaku pada kita.




Let say lepas ni korang beli jam mahal-mahal ada calar sikit, jangan menangis macam dunia nak kiamat okeh. It happened for something (maybe you should be extra careful next time!).
*Ada jugak ustaz cakap kalau nak diri dan harta kita terpelihara dengan chantek, banyak-banyakkan  berdoa padaNya.

Sunday, January 1, 2012

Mari Selongkar Almari Pakaian

Assalaamualaikum,





Selamat datang diucapkan kepada Ajim kerana berjaya jugak post something stupid setelah berkurun lama kau kodek-kodek nak pahamkan Blogger nih. Yelah anak jiran sebelah tuh dari mula merangkak sampai dah nak amik UPSR tahun depan baru aku nak pandai guna blog ni. Ok aku tipu.

Serious pening kepala kot first time nak hadap kod-kod 'html-senak-otak' lagi sengal tuh. Salah edit je memang hancuslah template semua. Mujurlah ada pembersih Mr. Muscle member yang tau sikit-sikit,boleh aku mintak tolong (ni cuma ayat penyedap, takde pun member aku yang pandai blog).

Aku bukan jenis yang suka keluar malam macam sesetengah orang yang lepak-lepak kat warong Pak Kudin Siamang, sambil pekena teh tarik segelas untuk durasi masa 3 jam. Ya, segelas teh tarik rm1.20 bersamaan 3 jam pemanasan bontot di bangku warung, hebat kan? Pak Kudin Siamang pun memandang gelagat mereka si pemanas bangku warungnya, lalu menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata di dalam hati, ''jahanammm bisnes aku!''.

Oleh sebab aku bukan kaki warong dan tak join 'Group Pemanas Bontot', apabila menjelang tengah malam aku akan jadi bosan sangat-sangat. Nak tidur pon mata tak mau pejam. Bila bosan aku akan solat tahajjud menghadap laptop, apa lagi Facebook la kan. Walaupun jiwa dan raga dah bosan dengan Facebook, aku pelik sebab bile surf internet je mesti F-A-C-E-B-O-O-K jugak yang ditaipnye..musykil-musykil..''Kuat jugak saka si Mark Zuckenberger ni'', hati aku bersuara. Dan sebab nak lari dari saka dia lah aku pon berjinak-jinak dengan blog nih. Biarlah perit sikit belaja sensorang asalkan saka FB tak ikot aku lagi.


Ajim and The Wardrobe?







Almost 20 tahun aku hidup dalam dunia ciptaan yang Esa ni. Ye aku tau mesti orang akan cakap 20 tahun still 'mentah' lagi, nak mengundi PRU-13 pon tak boleh kan. Cis.
Tapi tapi tapi aku still boleh mengundi dalam kampus! Tapi tetap tak pergi undi pun. Ianya situasi yang sangat awesome bila mana semua pelajar berpusu-pusu untuk mengundi calon wakil pelajar yang mereka fikir mampu mengubah nasib malang mereka ketika ini, tapi kau? sedap tengah tido kat bilik sampai maghrib. Dah la pagi tak mandi. Sedar-sedar je, dengan muka busuk bangun tido terus tanya roomate:

"sape menang weyh tadi?..'' *cilakak



Why Ajim and The Wardrobe? sebab dah wardrobe aku, tak kan nak letak nama hang pulak kan, lemak lah! *Kidding* Okay seriously wardrobe aku tiada kaitan langsung dengan citer Chronicles of Narnia (and aku tak pernah tengok pon muvee ni)

Sebenarnya dalam hidup ni macam-macam yang kita semua dah lalui tak kira la berapa pun usia kita kan. Cuba korang pikir balik, sebenarnya setiap baju, seluar, kain, buju kurung (aku tak pakai ni), tali lehiaq, spenda, stoking dan macam-macam lagi jenis pakaian yang kita pakai, mesti ada cerita atau peristiwa yang paling kita ingat disebalik pakaian tu kan?.. Itulah yang cuba aku kaitkan dengan word 'wadrobe' tu. Hah tapi kat sini bukanlah aku nak cerita pasal story-story disebalik baju yang aku pakai semata-mata sebab wardrobe aku tu segala macam benda aku sumbat bukan setakat pakaian je. Bangkai tikus tanpa kepala pun ada.




It’s my wardrobe, it will be my story. So aku nak share apa-apa pun bulih la noOooo~
Jutaan terima kasih jugak pada Usop yang sudi wish kat i.. (terharu i *sambil wat gaya tangan*)
 

My Wardrobe

Copyright (c) 2010 Ajim and The Wardrobe