Pages

Sunday, January 1, 2012

Mari Selongkar Almari Pakaian

Assalaamualaikum,





Selamat datang diucapkan kepada Ajim kerana berjaya jugak post something stupid setelah berkurun lama kau kodek-kodek nak pahamkan Blogger nih. Yelah anak jiran sebelah tuh dari mula merangkak sampai dah nak amik UPSR tahun depan baru aku nak pandai guna blog ni. Ok aku tipu.

Serious pening kepala kot first time nak hadap kod-kod 'html-senak-otak' lagi sengal tuh. Salah edit je memang hancuslah template semua. Mujurlah ada pembersih Mr. Muscle member yang tau sikit-sikit,boleh aku mintak tolong (ni cuma ayat penyedap, takde pun member aku yang pandai blog).

Aku bukan jenis yang suka keluar malam macam sesetengah orang yang lepak-lepak kat warong Pak Kudin Siamang, sambil pekena teh tarik segelas untuk durasi masa 3 jam. Ya, segelas teh tarik rm1.20 bersamaan 3 jam pemanasan bontot di bangku warung, hebat kan? Pak Kudin Siamang pun memandang gelagat mereka si pemanas bangku warungnya, lalu menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata di dalam hati, ''jahanammm bisnes aku!''.

Oleh sebab aku bukan kaki warong dan tak join 'Group Pemanas Bontot', apabila menjelang tengah malam aku akan jadi bosan sangat-sangat. Nak tidur pon mata tak mau pejam. Bila bosan aku akan solat tahajjud menghadap laptop, apa lagi Facebook la kan. Walaupun jiwa dan raga dah bosan dengan Facebook, aku pelik sebab bile surf internet je mesti F-A-C-E-B-O-O-K jugak yang ditaipnye..musykil-musykil..''Kuat jugak saka si Mark Zuckenberger ni'', hati aku bersuara. Dan sebab nak lari dari saka dia lah aku pon berjinak-jinak dengan blog nih. Biarlah perit sikit belaja sensorang asalkan saka FB tak ikot aku lagi.


Ajim and The Wardrobe?







Almost 20 tahun aku hidup dalam dunia ciptaan yang Esa ni. Ye aku tau mesti orang akan cakap 20 tahun still 'mentah' lagi, nak mengundi PRU-13 pon tak boleh kan. Cis.
Tapi tapi tapi aku still boleh mengundi dalam kampus! Tapi tetap tak pergi undi pun. Ianya situasi yang sangat awesome bila mana semua pelajar berpusu-pusu untuk mengundi calon wakil pelajar yang mereka fikir mampu mengubah nasib malang mereka ketika ini, tapi kau? sedap tengah tido kat bilik sampai maghrib. Dah la pagi tak mandi. Sedar-sedar je, dengan muka busuk bangun tido terus tanya roomate:

"sape menang weyh tadi?..'' *cilakak



Why Ajim and The Wardrobe? sebab dah wardrobe aku, tak kan nak letak nama hang pulak kan, lemak lah! *Kidding* Okay seriously wardrobe aku tiada kaitan langsung dengan citer Chronicles of Narnia (and aku tak pernah tengok pon muvee ni)

Sebenarnya dalam hidup ni macam-macam yang kita semua dah lalui tak kira la berapa pun usia kita kan. Cuba korang pikir balik, sebenarnya setiap baju, seluar, kain, buju kurung (aku tak pakai ni), tali lehiaq, spenda, stoking dan macam-macam lagi jenis pakaian yang kita pakai, mesti ada cerita atau peristiwa yang paling kita ingat disebalik pakaian tu kan?.. Itulah yang cuba aku kaitkan dengan word 'wadrobe' tu. Hah tapi kat sini bukanlah aku nak cerita pasal story-story disebalik baju yang aku pakai semata-mata sebab wardrobe aku tu segala macam benda aku sumbat bukan setakat pakaian je. Bangkai tikus tanpa kepala pun ada.




It’s my wardrobe, it will be my story. So aku nak share apa-apa pun bulih la noOooo~
Jutaan terima kasih jugak pada Usop yang sudi wish kat i.. (terharu i *sambil wat gaya tangan*)

4 comments:

Isma Haneefa said...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan:)
dah ada belog, jgn malas2 update.
*setuju seribu percent psal on internet mesti bukak FB:D

Ajim said...

*baru blajaq mcm mana nak komen =o=" wuuuU

maizatul azrina Yaakob said...

jom berblog...hehehe

samantha said...

i like your blog

Post a Comment

 

My Wardrobe

Copyright (c) 2010 Ajim and The Wardrobe