Pages

Monday, January 9, 2012

Polis vs Pandangan Masyarakat

Assalaamualaikum,



Salam sejahtera sume. Pada yang still bersekolah tu selamat bersekolah yep. Pada cikgu-cikgu pulak selamat menyekolahkan budak-budak sekolah, yang malas-malas tu kasi je rotan  sedas-dua. Apa? Incik guru tak berani rotan murid? Ehem okay.




Bercerita Tentang Polis

Sape-sape yang pernah kena saman dengan polis mesti best kan? Hihi. Bila dah kena saman mesti marah-marah polis kan? Hihi. Bila dah marah-marah mesti salahkan polis kan? Hihi. Bila salahkan polis, sampai ke anak cuculah dikendongnye fahaman 'Anti-Polis!' 'Polis-BULLtaik!' and etc kan? Hihi. Comel betullah. 
Apa yang aku paling perasan, polis ni kalau buat apa pun mesti asyik 'salah' je di mata masyarakat, okay maybe sesetengah 'masyarakt' la. And and and perasan tak diorang ni selalu dikaitkan dengan CORRUPTION (rasuah = duit kopi, teh, nescafe, ribena..semua jenis air lah!). So, is it true? ABSOLUTELY!! *amboih kau over




Aku ramai je kawan dengan anak-anak polis ni. Aku tengok life diowang biasa-biasa je takde mewah manapun seperti yang digembar-gemburkan. Kecik-kecik dulu pun main tuju selipar dengan aku jugak, takde la plak mak bapak diowang belikan Playstation2 ke, Gameboy ke.. takde-takde. Jom aku kongsi dengan korang sume al kisah si anak polishhh. Checkdizautt.



                                             ************************************
Salam 1Malaysia, 
Aku Mat. Bapak aku anggota polis. Berkaitan dengan pekerjaan bapak aku ni, kenapa banyak sangat tohmahan orang luar yang cakap bukan-bukan tentang pekerjaan bapak aku? Apa salahnya bapak aku menjadi anggota polis? Bukannya jadi bapak ayam. Polis ni jaga keamanan negara tau, pahala ganjarannya. Okay tak dinafikan memang ada SEGELINTIR yang tak telus, mungkin iman mereka goyah, yelah banyak pancarobanya bila jadi polis ni. Tapi takkan sebab yang SEGELINTIR tu sampai bapak aku pun kena tuduh skali? Polis-polis lain pun terpalit jugaklah tahi?.. *busyuk tau busyuk 
Ada yang cakap jadi polis ni hidup mewah, banyak dapat duit kopi. Hah banyak la cantek. Dari kecik aku tengok sendiri macam mana susah bangun keluarga aku. Masa kecik kalau aku mintak mainan yang bukan-bukan ingat dapat? Sori la. Bapak aku dulu pun pakai kereta cabok je, entah dah berapa punya 'hand' pun tak tau la. Dah bertahun-tahun baru la mampu beli kereta baru, itu pun Kancil. Berapa sangat la gaji konstabel. Kalau duit kopi banyak buat apa nak tunggu bertahun-tahun beli Kancil ye tak?  
Pernah satu masa anak jiran sebelah rumah kena tahan dengan polis sebab dadah, boleh mak dia pegi serang bapak aku. Katanya sebab bapak aku polis, so bapak aku la punca anak dia kena tahan.*Mangkuk
Lagi satu kes ni, anak jiran jugak lah. Gi merempit kena tahan dengan polis trafik. Ahh sudah, mak bapak dia datang jumpa bapak aku suruh lepaskan anak diorang siap nak hulur 'saguhati' lagi. Ingat bapak aku kerja tol ke? Bagi duit jalan, bagi duit jalan. Ke dia bajet macam tauke beras nak hulur-hulur saguhati kat orang-orang susah, ala macam dalam tibi tu. Hah tu kalau bapak aku terima 'saguhati' dia tu mula la tuduh polis makan suap kan. Padahal diorang yang hulur. Cis. Nasib iman bapak aku kuat. Sayang bapak ketat-ketat! *Muah


Kalau kitorang hidup mewah dengan duit haram, ingat berkat ke? Itu yang anak mengaji tak pandai-pandai tu. Alhamdulillah aku sekarang dah lulus SPM, tengah sambung belajar. Meh sini aku cerita pasal family aku punya mewah. Kitorang satu family kalau bercuti mesti dalam Malaysia. Okay bukan Malaysia, tapi semenanjung Malaysia. Takde pergi-pergi luar negara, main-main salji, gurun-gurun pasir, takde-takde. Even naik flight pon aku tak pernah. Itu pun kalau bapak aku cuti barulah dapat jalan-jalan. Ni dah kalau asyik merusuh sana-sini, nak cuti hape. Bapak aku jugak yang kena bertugas. Kesian kitorang anak-anak ni tau. Tak simpati ke? Wuwuwu.. *Sedih  
Bila polis buat roadblock mula la cakap diorang nak cari angpau. Tak baik tau buruk sangka, diowang cuma jalankan tugas je. Kalau korang patuh undang-undang, kenapa nak takut?  Ni kes tak pakai seat belt, road tag dah mampus, lesen takde, tu yang gelabah tak tentu pasal kan bila ada roadblock, "oh shit oh shit damn damn roadblock!". Dah kena saman cakap polis jahat. Ada ke patut? Dah tu bila rumah kena rompak, wallet kena curi, kereta accident, cekap pulak cari polis ye? Dengan kelajuan cahaya nombor 999 pun muncul diingatan, ching!  
Sekarang bapak aku dah jadi pegawai. Alhamdulillah walaupun tak mewah, tapi hidup makin lapang. Pada aku biar mewah kasih sayang daripada mewah harta. Harta bukan bleh bawak masok kubow. Biarlah polis dengan kerja dia, kita ni bagi kerjasama je. Bukan susah pun. Nak benci-benci pun buat apa, bila susah kita cari diorang jugak kan? Come on la, hidup ni saling memerlukan antara satu sama lain, tak ke gitu?
                                              ************************************




Apa Kata Anda?





For me, no it's not fair kalau kita cakap semua polis macam tu. Shebab nila shetitik, roshak shushu shebelanga. Bukan senang weyh nak jadi polis ni, bukan calang-calang orang. Seriously kursus diowang tough kot. Mental kena kuat beb. Jangan mimpilah nak kulit ala-ala kunin lagsat bila tamat kursus. Mana mungkin Garnier Light-turbo-booster mampu nak cerahkan kulit diorang dalam 2 minggu. Impossible impossible. Kalau ada ternampak abang polis yang boncet-boncet, itu dulu bukan macam tu perut diorang. Tak caya? Betuuuullllll....


Polis kalau accident pun ada orang awam marah tau, katanya polis rosakkan harta benda awam, tak pandai jaga kereta yang dibeli dengan 'duit mereka'. Seriously? Ya Rabbi. Ingat eksiden tu main-main eh? Melibatkan nyawa tau. Bukan polis tu saje mintak nak eksiden. Ehem, pengguna jalanraya pun banyak je eksiden kan, langgar tiang lampulah, divider jalan lah, tak nak marah diorang jugak ke? Diorang pun rosakkan harta awam kan? Bukan nak menangkan pihak polis, but try to put yourself in their shoes, then you will understand.







Ingat yang jadi polis ni budak-budak muka selebet melepak kat tangga-tangga shopping mall sambil hug makwe/pakwe diorang dengan penuh ghairah ke? Jahanam negara kalau spesies macam ni yang jaga 'keamanan'. Setakat memekak kat mall boleh la, cis. Shopping memang haram tak la kan, bukan ada duit pun. Bak kata pepatah alah membeli, menang memekak. Aku kenal sangat budak-budak macam ni. Hihi.

Hey wait, polis ni nampak serious je kan muka diowang. Mostly diorang kelakar sebenarnya, ada sense of humor yang boleh tahan tinggi tau. Do you realize that? If not, take your first step, know them well. 

19 comments:

emylase. said...

orang suka mghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar seseorg hmm...

Unknown said...

setuju!!!

Ajim said...

klu dh nama pnjawat awam ni ada je yg xkne kt mata org.. peliks betol

laureweng said...

agree..=)
tp tibe2 aku tigt aku kena saman polis dulu..haha

Anonymous said...

kalau seorang polis wat jahat, nak salahkan semua polis, habis kalauade uztaz rogol dan liwat budak, nak cop semua ustaz jahat? kalau ade buissnessman main judi, rasuah, nak tuduh semua buissnessman jahat, ade cikgu cabul budak, lawyer tak amanah, abis nak salahkan semua pulak? so bukan semua polis teruk. kesian family diorang hari2 harpkan dorang keje pulang selamat. kalau takde polis, pikir2kan lah apa yg berlaku. thanks lah post ni, atleast bg org sedar sikit la. ingat, polis bukan anjing.. bkan semua polis teruk.

Syapinknas said...

trauma lah pulak dengar name POLIS nee ..
heee .~

Razif Redz said...

Assalamualaikum ... aku setuju dng entri ni. Aku pn anak polis jg(bapak dh bersara). memang dlm setiap yg baik itu ada yg tidak baik, malahan yg tidak baik itulah yg lebih diceritakan drpd yg baik. bapak aku sendiri tk bagi anak2 dia jadi polis kerana takut dng masalah yg selalu org pikir terjadi pd polis(perkara tk baik).Tak bagi kerana takut terpengaruh kerana iman yg lemah tu memungkinkan perkara yg tidak baik.

Hanim Irsyad said...

hehe. ibu saya polis. tapi dye rilex jew, sape langgar undang-2 mmg kena laa. klu tak langgar, polis takkan kcu punye

Fiza Nurani said...

ambik pendapat yang baik, buang pendap atyang tak baik ke laut :)

capt. keon alhan said...

mmg susah nak ubah persepsi org,,,tp kita smtkanlah kat dalam diri kita sndri,,,bukan semua polis jahat...dan kita pun jgnlah dok kutuk mereka kalau mereka jlnkan tugas dan yang paling pnting,,,jgnlah kita masuk dalam glgn yang menyogok wang kpd mrka yg korup!

e-lyana said...

yuppp, its true :)

jgn kerana salah seorg, semua dituduh jahat, xadil kan???

good entri :)

Rare and Collectables said...

kita ni sibuk dgn hal keje org lain...cuba lihat diri sendiri...jujur ker? telus ker? beriman ker? amanah ker? baik sangat ker? jawab dlm hati...hik..hik.. peace :)

Firdaus® said...

kerana nila setitik rosak susu sebelanga..hurmm...
nice post.. do follow my blog dude~

AmySyahiera Malik said...

yeahh ! setuju !
polis just menjalankn tugas yg diamanahkn je .
bukan suka2 nk saman org ke ape kn
:D

Diari Si Froggie said...

aida pun ada je sahabat polis 2-3 orang, semua sempoi2 best oh kalau lepak dgn depa, depa nie jenis tegas, jujur, jangan tak tahu bila dengan partner masing2 depa nie romantik. yehaaa..hehe. apa2 pun siapa2 yang jadi polis ni, ku ucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjaga keamanan negara dengan baik.

ICAH BAJARMASIN said...

Nice article..I like it.

Ajim said...

"POLIS SENDIRI TAK BAGI ANAK DIA JADI POLIS"
setuju dengan @razifredz

Sapa nak kawen cari polis! depa romantik yaww ~

Farah Junaidy said...

bapak saya pesara polis ^__^

dya nasir said...

dya tetap nak jadi polis..:D

Post a Comment

 

My Wardrobe

Copyright (c) 2010 Ajim and The Wardrobe