Pages

Tuesday, January 17, 2012

Dikala Hujan Lebat

Assalaamualaikum,




Hujung minggu memang waktu yang paling di tunggu-tunggu punyalah. Siapa tak setuju memang penipu. Hujung minggulah masa paling sesuai buat aktiviti rutin. Alaaa aktiviti rutin, buat-buat tak tahu pulak. Apa lagi kalau bukan tidur terus-menerus berbelas-belas jam tanpa terjaga walau sedetik, kan? Eh bayi pon kalau tido dia tahu nak jaga every 2 to 3 hours okay. Erm well.. tido lama-lama ni untung tau sebenarnya, sebab bila bangun-bangun je dah petang, breakfast + lunch memang skip punyalah, terus bantai dinner je. Sedarkah anda bahawasanya telah berlaku satu penjimatan yang hebat di situ? Hihi.


Terima SMS




Last week aku dapat SMS dari member perempuan :

"weyh aku drive pagi kn ada rodblock  polis, road tax aku dh mati, gelabah gilew. Smpai turn aku, aku senyum je kat abg polis hehe, guess what? aku lepas gitu je ^o~ "  
"ko lepas sebab senyum ko lah?"
"yelah, dimple aku masyuk kot! HAHA"
"tahniah, tak payah renew road tax dah"

Tak semua ayat yang aku karang dalam otak mampu untuk aku lahirkan dalam SMS. Ni sebenarnya apa yang aku karang dalam pale hotak :

"Kau nak cakap senyum kau menawan lah sampai semua abg polis cair, kaku, kelu lidah berkata-kata? Ceitt. Ingat roadblock tu untuk check road tax je ke? banyak lagi hal-hal besar nak dibandingkan dengan road tax. The conclusion is, senyuman kau sama harga dengan road tax kerete kau jela. AHHA!"

Kalau roadblock tu diorang just tengok-tengok nombor pendaftaran kereta je, maknaya ada la tu kes-kes yang berlaku dan terpaksa buat sekatan jalanraya (rompak ke, hape ke). Kalau tengok roadblock tu banyak je kereta disuruh behenti tepi jalan, hah ni barulah tujuan pemeriksaan keselamatan (check road tax, lesen etc). Kenapa banyak yang kena berhenti tepi? Hihi.
Sejak post yang lepas, aku positif je dengan polis okeh.


The Real Story




Macam mana aku boleh tetiba pi melalut pasal SMS si perempuan tuh? Cis. Yep aku nak story something yang ada kaitan dengan air hujan. Bukan macam mana nak tulenkan air hujan, tapi cerita disebalik suatu hari hujan yang lebat mencurah-curah ke bumbung cafe (cerita dah start ni tau). Dah ujan-ujan perut tak lapo pon jadi lapo, dalam otak dok terbayang je menu panas + teh tarik gelas, pergh masyuk. So aku singgah la kafe dengan member aku Si Kentut, serius ok memang nama dia macam tu. Dah pilih lauk kaw-kaw punya aku pon pergi la sinki nak basuh tangan, sekali air pulak takde...


"Si Kentut, air takde ah, camne ni? sudu pon takde."


"Tangan aku bersih lagi, tak basoh pon takpe.. Ala ko basuh je dengan air ujan tu.. hehe."


"Cilakak lu, mentang-mentang tangan lu dah bersih, nganjing gua eh" -getus hati aku


Memang la kau bergurau, tapi kalau tak kena pada tempatnya boleh naik darah. Nasib baik teringat ada botol air dalam beg aku. Air pun yang tinggal sipi-sipi balance minggu lepas punya, setakat buat basuh tangan tu boleh la tapi  nak cebok berak memang tak lepas. Melantak punya melantak, chap! chup! chap! chup!, aku pon basuh la tangan. Lepas kesat-kesat tangan kat alas meja tisu,  Si Kentut pun sapa aku...


"weyh air botol tadi mana? nak basuh tangan ni, mintak sikit je."


Oh tidak, air tu da habes bro! Aku langsung tak teringat nak simpankan untuk Si Kentut. Dengan pantas rasa simpati menikam-nikam jiwa. Tapi tapi tapi, mana mungkin air yang dah sipi-sipi tu mampu aku simpan untuk kau Si Kentut. Aku basuh tangan tadi pon cukup-cukup je tau. Logik lah sikit. Memang tak cukup tau. Betuuul...
Hampir seminit aku terdiam masih belum menjawab soalan Si Kentut. Hujan yang tadinya lebat dah bertukar renyai. Kejap lagi stop la hujan tu. So sementara masih ada sisa-sisa hujan petang ini, aku pun menyusun kata...


"Ala ko basuh je dengan air hujan tu.. hehe."





HIHI. Ok dia bengang dengan aku (tau pun bengang). Tisu kat kafe pon dah habes, tangan tak berbasuh yang masih bersisa asam pedas tu la dia usung ke sana-sini cari paip air, tapi semuanya hampa. Takpe, penat-penat boleh jilat lagi sisa-sisa asam pedas yang dah naik masam kat jari tu kan. Eh lalat tak singgah bertelur ke bang? Jawabnya balik hostel lah baru dia basuh tangan busyuk tu.

Moral of the story? AHHA! Time orang tengah lapar, toksah dok buat lawak bodoh okeh. You might be eaten!




13 comments:

Izzah Haneefa said...

huhu...jilat jari lepas makan sunah nabi tau!

+jena said...

hahaha jeles la tuh..

My Recent post: http://dak2gik.blogspot.com/2012/01/henpon-rosak.html

Anonymous said...

haha kena blik Si Kntot
sunah nabi jilat lps mkn tp klu dh 'bjm2' pnya, eishhh :P

Mak Usu said...

hahahaha.blh plak mcm tu...

AIRA said...

kate x de hndphone....hihi..memang tipu besar le kalo zaman sekarang x de hndphne:)

Ajim said...

susah nak cari orang jujur zaman sekarang ni dik.. hihi

Eyqa Zaque said...

Ahaha..
balas dendam nampak. ^^

e4ezzati said...

3 cerita satu entry. jimat di situ. hewhew

dya nasir said...

haha..tu lah..menganjing org..kan diri sendiri dah kena..haha

Nazri Razra said...

Abe suka hujan bila cuti.. sedap sikit tidor. Pastu bangun baca blog org.. hhehhehe

hazz death said...

ada org ckp klw lebih tido nnti akan membuatkan sel2 otak mati.. huhu

Ajim said...

fuh abe hujan mmg hebat, pkul 4ptg rasa mcm 8pagi..

bila lbih tido kpala rasa beerat..sel otak btambah kot :D

Unknown said...

syok tido kalu hujan lebat.

Post a Comment

 

My Wardrobe

Copyright (c) 2010 Ajim and The Wardrobe